Saturday 24 August 2013

KEK LAPIS SARAWAK SIHAT

KEK LAPIS MINDA!(04/10/2013)
Diperkaya dengan Soffron Asli,Blackcurrant (anggur Hitam)  serta gula organik

Kenapa Kek Lapis Minda Soffron DAV?
TEMPAH SEKARANG !!
Selain sedap dimakan Kek lapis, mengandungi Kahsiat soffron baik untuk minda kanak-kanak dan orang dewasa 

Terdapat juga gabungan Gula organik dan Blackcurrant yang dapat memberi lebih manfaat kepada kesihatan.

Teruskan membaca khasiat Za'faran, Blackcurrant & Gula Organik.

Apakah Za’faran @ Saffron

Air bacaan Al Quran, dapat menyembuhkan pelbagai penyakit ....Al Quran itu adalah mukjizat, banyak produk-produk air Al Quran banyak dicampur dengan Za'faran apa sebenar nya khasiat Za'faran ni?


Za’faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. 
Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu.

 Hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setipa bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!

Tetapi oleh kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, hanya sedikit sahaja Za’faran yang diperlukan. Za’faran digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.

Khasiat Za’faran & Saffron
Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia.Menguatkan ingatan dan amat baik jika dimakan bersama madu asli.Ia kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin).
Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: 
Maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

Di antara khasiat za'faran adalah: 
(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)


Mencerdaskan minda
 penyakit radang paru-paru
 sakit tekak dan tonsil 
Sebarang masalah kulit

menghindarkan batuk dan selsema 

Sakit kepala atau migrane dan asma

Muntah-muntah

penyakit buah pinggang 

Gila babi atau sawan

sukar tidur malam (insomnia) 

Demam.
 Masalah limpa
penyakit kanser
lumpuh 
Bengkak hati atau hipatitis A dan B 
Memudahkan penghadaman
menghilangkan bau mulut 
Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut 
Menambahkan tenaga zahir dan batin 
Masalah mati pucuk
sembelit 
Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak 
Awet muda dengan kulit cerah dan bersih 
Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing 
Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi 
Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu 
Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan 
Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata
Merawat anemia
Mengawal tekanan darah dan kolestrol
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
Merawat penyakit saraf
Menguatkan Ingatan
Baik Untuk Tumpuan Perhatian
Anti-Convulsion
Anti-Spasm
Anti-Alzheimer
Anti-Parkinson
Mengawal Darah Tinggi dan Kolestrol
Baik untuk Rawatan Penyakit Anemia
Mengurangkan risiko untuk Serangan Jantung
Menguatkan Dinding Arteri dan Heart Flourishin
Anti Lelah
Pengaliran darah dapat ditingkatkan pada retina mata
Baik untuk rawatan ketidakstabilan didalam retina yang disebabkan penuaan
Baik untuk Gejala Retinopathy Ischematis
Baik untuk merawat bengkak dan rheumatic sebagai ubatan luar
Baik untuk merawat dysentery
Demam Campak
Hepatitis
Splenomegaly
Salur pundi kencing yang berkuman
 dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah

Bagi ibu-ibu mengandung , Saffron dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Saffron mempunyai nilai perubatan. Saffron berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.

Blackcurrant(anggur hitam)

Black Currants - Photo © Eisenhut and Mayer Wien, used with permission from Getty Images


Walaupun sering dirujuk sebagai anggur hitam (blackcurrant), ia sebenarnya bukanlah sejenis anggur, tetapi lebih dekat kepada buah jenis berri seperti beri biru dan strawberi. Saiznya juga jauh lebih kecil daripada anggur biasa tetapi anggur hitam (blackcurrant) diakui salah satu sumber Vitamin C semula jadi yang tinggi. 

Anggur hitam atau nama saintifiknya Ribes nigrum adalah suatu spesies beri Ribes yang berasal dari rantau Tengah dan Utara Eropah dan Asia Utara. Ia juga dikenali sebagai “cassis” dalam bahasa Perancis. Buah beri padat dengan bahan antioksida secara semula jadi. Antara beri lain, buah anggur hitam amat terkenal bagi nilai nutrien yang amat tinggi. 

Ketua Program Kualiti, Kesihatan dan Pemakanan di Scottish Crop Research Institute (SCRI), Dr Derek Stewart, mengiktiraf anggur hitam sebagai “Superfruit No.1”. 

Hasil penyelidikan oleh Dr Stewart telah menemui bahawa anggur hitam mempunyai kandungan vitamin, mineral dan bahan antioksida lebih tinggi berbanding 20 buah lain yang telah diuji. 


Khasiat Blackcurrant(anggur hitam)

Kajian itu melihat pada 20 jenis buah serta mengukur aras tahap bahan antioksida dan nilai pemakanannya.

Anggur hitam mempunyai tahap vitamin dan mineral yang sungguh mengagumkan. Dari segi bahan antioksida dan Vitamin C, anggur hitam adalah salah satu sumber semulajadi yang tinggi. 

Anggur hitam kaya dengan fitokimia yang dipanggil antosianin, terkenal bagi manfaat antikeradangannyaAntosianin adalah pigmen tumbuhan yang memberikan buah anggur hitam warnanya yang gelap - semakin gelap warna buahnya, semakin tinggi kandungan antosianin dan semakin banyak manfaat bahan antioksida. 

Buah yang berwarna gelap ini padat dengan bahan antioksida dan secara am terbukti memiliki manfaat kesihatan yang ketara. Kajian menunjukkan bahawa bahan antioksida bolen mencegah pelbagai jenis penyakit. Lebih kurang 100gram buah anggur hitam mengandungi hanya 30 kalori, serta padat dengan kandungan vitamin dan mineral. 
Buah ini memang sukar didapati di Malaysia kerana suhu tropika negara kita tidaklah sesuai dengan pertumbuhannya, meskipun di negara seperti New Zealand, musim buah anggur hitam adalah hanya musim panas iaitu bulan Disember hingga Februari setiap tahun. Oleh kerana itu nilai perolehan buah anggur hitam ini amatlah tinggi dari segi nilai khasiat dan keunikannya. 

Sambung Baca:

 http://anizyn.blogspot.com/2008/08/anggur-hitam-superfruit-nombor-1.html#ixzz2gof6DRoL
http://anizyn.blogspot.com/2008/08/anggur-hitam-superfruit-nombor-1.html


Perbezaan Gula Organik & Gula PutihP

Gula tebu organik diperbuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. Kandungan pekat dari perahan jus tebu atau disebut nira (molasses) tidak dibuang menjadikan warnanya perang. Ia berbeza dari gula putih kerana ia diproses (refined) secara kimia. Gula putih adalah sukros, ia adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya. 

Sambung Baca@ http://thesecretmedicines.blogspot.com/2009/03/gula-organik-vs-gula-putih.html


*****************************04/10/2013**********************************

SAMBUTAN TERLARIS!(04/10/2013)
KEK LAPIS INDIA